Kak Wan Sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Penamaan calon P.100 Parlimen Pandan. InsyaAllah dengan jentera yang tersusun dan usaha kuat, kemenangan milik kita. #KitaMestiMenang

A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on

“Pihak-pihak di dalam PKR dan Pakatan Harapan seharusnya tidak mengambil mudah dan terus kekal teguh dan yakin dengan pimpinan Kak Wan yang lemah-lembut tetapi tetap tegas. Malah, Kak Wan juga bukan semata-mata bayangan Anwar Ibrahim, tetapi beliau ialah lembing tajam yang akan menyusuk ke dalam mata korupsi Najib Razak.”

Oleh Mustaqim Abdullah

Dr. Wan Azizah Ismail, atau lebih senang dikenali sebagai Kak Wan, merupakan individu yang tidak mahukan kemasyuran atau perhatian – jauh sekali untuk memegang tampuk pemerintahan tertinggi di negara.

Tetapi, seperti dilakarkan oleh sejarah, apabila negara dilanda krisis kewangan tahun 1998, seperti diramalkan oleh pakar ekonomi yang memenangi hadiah nobel, seolah-olah memberi laluan kepada perjalanan Kak Wan dalam arena politik tanahair.

Pada ketika itu Kak Wan sedang menghadapi keadaan sukar dimana suami beliau, Anwar Ibrahim, telah dilucutkan jawatan, walaupun Anwar merupakan individu yang membangkitkan soal reformasi didalam sektor kewangan negara.
Malah gerakan “Reformasi” yang dipelopor oleh Anwar Ibrahim telah memberi ancaman yang hebat kepada kerajaan Malaysia ketika itu, yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Anwar, malangnya, terus disumbat ke dalam penjara.

Tetapi ironinya, pada masa ini, Tun Dr. Mahathir pula menggerakkan gerakan “Reformasi” yang diasaskan oleh individu yang beliau telah sumbat ke dalam penjara.

Di sini dapat dilihat ciri-ciri pimpinan Kak Wan yang unik – lemah lembut dalam ketegasan. Walaupun dahulunya dipandang enteng oleh Tun Dr. Mahathir, dan diteruskan oleh Abdullah Badawi dan Najib Razak, pimpinan Kak Wan telah terbukti menjadi ancaman yang benar dan besar kepada kerajaan sedia ada.

Walaupun Kak Wan pernah menyatakan bahawa beliau tidak kisah untuk ‘memanaskan’ kerusi Perdana Menteri untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim kepada Al Jazeera, tetapi inilah plot yang menarik untuk diperhatikan.

Sebelum memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara sebagai Perdana Menteri, pakatan pembangkang seharusnya, memanfaatkan karisma pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menekan Najib Razak yang telah merosakkan negara.

Malah hal ini mungkin tidak masuk dek akal, terutamanya kepada penganalisis politik negara dimana kerengganan antara Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat dirapatkan demi menyahkan Najib Razak dan seterusnya memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tambahan pula, terdapat suara-suara nakal menyatakan bahawa pada masa akan datang, tidak mustahil bahawa Anwar akan meminta bantuan Najib Razak untuk mengekang Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tetapi malangnya, pengalisis politik negara sering gagal untuk mengambil kira faktor kepada perkara yang mendatangkan bahaya kepada negara. Sebagai contoh, dibawah pimpinan Najib Razak, Malaysia bakal menanggung berbilion ringgit hutang dan Najib Razak sering menafikan ketirisan yang berlaku.

Hal ini termasuk tentang kegagalan transformasi ekonomi Najib Razak seperti 1MDB, Felda, Felcra atau PERMATA.
Malah, rakyat kebanyakan sering disuapkan dengan perkara yang berbeza dengan keadaan seharian mereka. Walaupun Pendapatan Kasar Domestik negara berada pada 5.9 peratus, tetapi hampir 92 peratus rakyat Malaysia memperoleh gaji kurang daripada 1500 USD sebulan.

Sememangnya Kak Wan arif dan faham tentang penderitaan rakyat Malaysia. Malah, beliau sendiri telah melaluinya tatkala suami dipenjara, beliau bertungkus lumus membesarkan anak-anak tanpa suami disisi.

Sejak dua dekad yang lalu, terutamanya sembilan tahun lepas, Kak Wan dan anak perempuan sulungnya Nurul Izzah, arif tentang perjuangan Anwar Ibrahim.

Dan Anwar Ibrahim juga benar, Malaysia akan terjerumus ke lembah kehinaan jika negara ditadbir tanpa kedaulatan undang-undang serta tiada sistem semak dan seimbang yang adil dan saksama.

Sebagai contoh apabila korupsi besar berlaku seperti apabila tanah seluas 350,000 hektar milik Felda telah disewakan selama 99 tahun kepada FGV. FGV itu hanyalah sebuah syarikat yang seharusnya mendatangkan keuntungan kepada Felda melalui kerjasama di dalam sektor perniagaan, tetapi tanah seluas itu disewakan hanya untuk mengambil hasil daripada tanah tersebut, rakyat Malaysia seharusnya meletakkan batas terhadap korupsi ini!

Walaupun Kak Wan sering dianggap sebagai bayangan Anwar Ibrahim, tetapi Kak Wan diibaratkan sebagai harapan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dan memberhentikan korupsi-korupsi besar yang sering berlaku dibawah pemerintahan Barisan Nasional!

Malah apabila terdapat pihak-pihak yang berselisih faham dalam pencalonan untuk bertanding di dalam pilihanraya, Kak Wan tetap teguh dalam mengumumkan calon-calon. Malah dihadapan 5,000 rakyat Malaysia di Kajang, Kak Wan tetap teguh.

Ini jelas menunjukkan kemampuan luar biasa Kak Wan.

Tidak dinafikan lagi bahawa Kak Wan layak digelarkan sebagai “Iron Lady” dimana beliau mempunyai peranan penting sebagai ‘penjaga’ PKR.

Pihak-pihak di dalam PKR dan Pakatan Harapan seharusnya tidak mengambil mudah dan terus kekal teguh dan yakin dengan pimpinan Kak Wan yang lemah-lembut tetapi tetap tegas. Malah, Kak Wan juga bukan semata-mata bayangan Anwar Ibrahim, tetapi beliau ialah lembing tajam yang akan menyusuk ke dalam mata korupsi Najib Razak.
Dan pada 9 Mei 2018 ini, Kak Wan bersama-sama pimpinan yang penuh karisma Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, akan memperoleh majoriti besar menewaskan Barisan Nasional, Najib Razak dan Jho Low!