Kelahiran Demokrasi Baru di Malaysia dan Asia

Seluruh warga sedang menantikan kelahiran sistem demokrasi baru yang terletak di tangan 15 juta rakyat Malaysia yang dijangka akan berkunjung tiba.

Mustaqim Abdullah

Seluruh warga sedang menantikan kelahiran sistem demokrasi baru yang terletak di tangan 15 juta rakyat Malaysia yang dijangka akan berkunjung tiba.

Kelahiran sistem demokrasi di sesebuah negara selalunya tidak mudah. Tidak seperti kelahiran bayi, kelahiran sistem demokrasi selalunya diikuti dengan perasaan penuh debaran.

Pada tanggal 9 Mei 2018, rakyat Malaysia dijangka akan melahirkan sistem demokrasi baru di Malaysia.

Jika menggunakan istilah ‘kelahiran normal’, seperti kesakitan air ketuban pecah, ia sebenarnya telah bermula sejak awal tahun 2008 lagi. Dimana pembangkang bersatu hati dibawah pimpinan Anwar Ibrahim demi membuktikan sistem dua parti boleh berfungsi di negara kita.

Manakala fasa kedua pula ialah pada Mei 2013, dimana pembangkang berjaya memenangi undi popular, lebih daripada kerajaan sedia ada, sekaligus menghantar mesej bahawa pembangkang boleh memenangi hati dan minda rakyat Malaysia.

Oleh itu, pada 9 Mei 2018 nanti, ia boleh dikatakan sudah sampai kepada tempoh trisemester, dimana ‘kandungan’ sudah berada diambang kelahiran. Adakah Malaysia akan lahir sebagai sebuah sistem demokrasi baru atau hanya meneruskan kerajaan kleptokrasi pada 9 Mei nanti?

Tetapi di dalam mana-mana sistem demokrasi di seluruh dunia, dimana kerajaan yang demokratik dijangka akan diturunkan, sistem demokrasi di Malaysia turut menarik perhatian.

Jika dilihat daripada segi geografi di rantau Asia, tiada negara yang boleh dikatakan sebagai negara demokrasi asli – kecuali negara-negara seperti Taiwan, Jepun dan Korea Selatan. Malah jika dibesarkan skopnya meliputi negara seperti Australia dan New Zealand, sampel demokrasi boleh digunapakai. Kelima-lima negara ini telah membenarkan peralihan kuasa berlaku.

Tetapi negara seperti India tidak boleh digunapakai, kerana sistem demokrasinya terlalu ampuh untuk dibuat perbandingan, serta sistem politiknya yang cenderung kepada politik rasis cauvinisme. Negara Filipina juga tidak sesuai dijadikan contoh, kerana Presidennya seperti kebal disisi undang-undang.

Walaupun perbandingan dibuat berdasarkan sebilangan kecil negara-negara yang berfungsi demokrasinya, apa yang akan terjadi di Malaysia benar-benar akan memberikan impak kepada dunia.

Tidak dinafikan lagi, seluruh rakyat Malaysia sedang menanti akan lahirnya negara yang demokratik. Sebuah negara yang tidak hanya membenarkan seseorang untuk bernafas tetapi turut menyediakan udara yang segar. Tetapi jika Najib Razak masih lagi menang pada pilihanraya 9 Mei ini, dengan 2/3 majoriti, seolah-oleh memberi kebenaran kepada parti UMNO dan parti-parti seangkatannya untuk membuat persempadanan semula diseluruh negara yang akan menambahkan 222 kerusi parlimen sedia ada dan memastikan pihak pembangkang tidak berpeluang untuk memenangi pilihanraya akan datang.

Faktor umur juga tidak berpihak kepada pihak pembangkang. Anwar Ibrahim akan mencecah 73 tahun dan jika dihalang untuk berpolitik selama 5 tahun, beliau akan mencecah 78 tahun.

Hal yang sama juga bagi Tun Dr Mahathir. Umurnya akan mencecah 93 tahun pada tahun ini dan beliau tidak mungkin dapat mempamerkan stamina yang sama pada 5 tahun akan datang.

Manakala Lim Kit Siang, turut berada dipertengahan 70-an. Pada 5 tahun akan datang, beliau akan mencecah umur 80-an. Dr Wan Azizah juga berada di lewat 60-an dan arif benar akan keperluan untuk memenangi pilihanraya kali ini. Mohammad Sabu, bekas pimpinan parti Islam, juga turut berkongsi nasib yang sama. Oleh itu, jika pada pilihanraya kali ini pembangkang masih kalah, kesemua pimpinan pembangkang akan melihat negara dibawah acuan Najib Tun Razak, yang berumur 65 tahun, membawa Malaysia sehingga tahun 2023.

Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia sedang menanti masa untuk menurunkan Barisan Nasional. Isu seperti gaji masih lagi statik, jurang perbezaan antara miskin dan kaya makin meningkat, hutang negara dijangka akan mencecah 155USD billion – dimana tiada pelan ekonomi yang mampan ditawarkan kerajaan.

Seluruh warga sedang menantikan kelahiran sistem demokrasi baru yang terletak di tangan 15 juta rakyat Malaysia yang dijangka akan berkunjung tiba.

Minda dan hati rakyat juga inginkan perubahan, tetapi oleh kerana badan dikawal oleh Najib Tun Razak – menjadikan pilihanraya kali ini amat penting. Malah, jika jumlah pengundi tidak mencecah 85 peratus pada pilihanraya kali ini, bererti eksperimen demokrasi di Malaysia akan gagal – kerana sekali lagi Barisan Nasional menang dalam pilihanraya kali ini.

Sistem demokrasi di Indonesia juga boleh dijadikan contoh. Tetapi malangnya, apabila menantu bekas Presiden Suharto akan bertanding jawatan Presiden, sistem demokrasi di negara itu seolah-olah tidak menentu.

Tidak dinafikan lagi, sistem demokrasi di Malaysia akan menjadi kayu ukur akan sistem demokrasi di seluruh Asia dan juga dunia.