Keperluan Strategik Tsunami: Menembusi Minda Liew Chin Tong

Tried out the new Teh Tariq app at our Yong Peng Ops Centre. Equally intrigued and amused haha.

A post shared by Chin Tong Liew (@chintong.liew) on

Tiada sesiapa mengharapkan kehancuran seperti tsunami yang telah melanda Lautan Hindi dan peristiwa tsunami Tohoku pada tahun 2005 dan 2011 akan berlaku lagi. Kedua-dua peristiwa tragik ini telah menyebabkan kematian yang tinggi dicatatkan.

Pan Jing Ming

Tiada sesiapa mengharapkan kehancuran seperti tsunami yang telah melanda Lautan Hindi dan peristiwa tsunami Tohoku pada tahun 2005 dan 2011 akan berlaku lagi. Kedua-dua peristiwa tragik ini telah menyebabkan kematian yang tinggi dicatatkan.

Tetapi tsunami, terutamanya di Malaysia, tidak semestinya bersifat menghancurkan. Sebaliknya, ia bersifat untuk mensucikan dan membersihkan.

Berkenaan sifat mensucikan, ia boleh diaplikasikan kepada keadaan MCA pada masa kini. Ketika MCA rancak menuduh DAP untuk menjatuhkan mereka melalui tsunami politik, tetapi sebenarnya ia menunjukkan kelemahan MCA sendiri dalam usaha menjadikan parti mereka relevan dalam arus politik tanah air, terutamanya apabila MCA sendiri tamak akan jawatan-jawatan penting dalam kabinet kerajaan sekaligus memberi tekanan kepada mereka untuk mengekalkan tujuh kerusi parlimen terakhir mereka.

Tetapi tsunami politik diperlukan untuk menghancurkan kepentingan-kepentingan pihak tertentu yang telah menyebabkan ekonomi negara berada di ambang kemusnahan. Berdasarkan unjuran ditetapkan oleh Moody, pendapatan kasar negara disasarkan untuk mencapai sehingga 3 ke 3.1 peratus. Pada kadar ini, tidak dinafikan lagi, negara kita bukan sahaja berada di tahap “Perangkap Pendapatan Pertengahan”, tetapi “Perangkap Tiada Pendapatan Pertengahan”.

Ekonomi negara juga dalam keadaan tenat apabila GST dikenakan kepada hampir semua urusan jual beli dalam negara dan hutang isi rumah negara hanya turun 1 peratus daripada 81 kepada 80 peratus.

Keadaan ini berlaku apabila Perdana Menteri Najib Razak menjawat portfolio Menteri Kewangan pada masa yang sama sejak tahun 2009 sehingga kini – menjadikan beliau antara yang terlama dalam sejarah Malaysia. Oleh itu, semua keresahan dan keluhan ekonomi rakyat perlu beliau hadapi.

Sehubungan itu, terdapat tiga isu penting yang saling berkait rapat yang memberi implikasi besar kepada negara.
Pertamanya ialah apabila Perdana Menteri Najib Razak sendiri mempersoalkan model perniagaan 1MDB ketika temuramah beliau bersama Bloomberg pada 26 April 2018. Ini membawa maksud bahawa beliau kurang arif akan selok-belok menguruskan dana awam. Dan fakta menyatakan bahawa 1MDB telah ditubuhkan pada tahun 2009, apabila beliau memegang tampuk pemerintahan negara. Ia jelas menunjukkan bahawa 1MDB ialah salah satu keutamaan bagi beliau. Oleh itu, dengan pengakuan bahawa beliau ragu-ragu akan model perniagaan 1MDB, ia telah memberi hak kepada rakyat Malaysia secara amnya, untuk mempersoal, apakah model yang bagus atau praktikal untuk negara?

Keduanya, di dalam dunia yang ekonominya berlandaskan hutang, apakah perancangan Najib Razak dalam memanfaatkan kredit murah seperti ditawarkan oleh Jepun dan China? Malah, Najib memperolok-olokan soalan yang mempersoal kemampuan negara untuk membayar hutang yang besar. Najib menjawab, bukan soal hutang sebesar mana yang menjadi kerisauan, tetapi kemampuan negara untuk membayarnya diberi keutamaan. Pada kadar 12.5 peratus pendapatan kasar negara, ditambah dengan bajet negara sebanyak 85 peratus yang memberi keutamaan kepada perbelanjaan operasi dan gaji penjawat awam, dimanakan kemampuan negara untuk menanggung hutang yang besar?

Ketiga, apakah manfaatnya jika projek mega seperti Bandar Malaysia dan TRX ditempatkan dibawah seliaan Kementerian Kewangan, jika 1MDB itu sendiri tidak langsung dipantau dengan rapi walaupun diletakkan dibawah Kementerian yang sama? Penempatan projek-projek mega seperti disebutkan dibawah Kementerian Kewangan tidak mengubah apa-apa, kerana akhirnya projek-projek tersebut akan terus kepada Pejabat Perdana Menteri.

Oleh itu, tsunami daripada rakyat amat diperlukan apabila negara berada diambang kemusnahan – dengan membawa aspirasi baru rakyat. Pemimpin seperti Liew Chin Tong, Rafizi Ramli dengan bimbingan daripada Tun Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin, akan dapat menghasilkan sinar baharu kepada Malaysia.

Liew Chin Tong juga, dengan kebolehannya merungkai ketirisan Pejabat Perdana Menteri, Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang lain, akan menjadi arkitek utama bersama-sama Tun Dr. Mahathir, Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah dan Muhyiddin Yassin untuk menguruskan negara dengan penuh amanah.