Mengapa Liew Chin Tong ialah orangnya?

Jika diteliti slogan Barisan Nasional iaitu “Hebatkan Malaysia”, jelas ia menunjukkan ironi pihak BN itu sendiri, kerana selama tahun 2009 hingga 2018, Malaysia berada dibawah pemerintahannya dan slogan itu jelas menunjukkan mereka gagal menjadikan Malaysia hebat pada awalnya.

Oleh Pan Jin Ming

Individu bernama Liew Chin Tong ialah seorang yang sentiasa penuh dengan informasi dan maklumat. Sejak berusia 9 tahun lagi, beliau telah terdedah dengan banyak informasi dan maklumat berkaitan isu-isu negara dan serantau.
Jika saya, saya masih lagi membaca buku cerita Tarzan, Beano, Dandy dan majalah MAD, malah komik Ali Baba dan Sinbad juga. Dan dalam keadaan mendesak barulah saya akan membaca novel seni pertahankan diri Jin Yong, walaupun dalam bentuk gambaran sahaja.

Tidak dinafikan lagi bahawa Tong ialah seorang yang cerdas. Mungkin hampir seperti Anthony Loke dan Ong Kian Ming, dimana mereka bertiga ialah orang yang cerdik pandai di dalam parti DAP.

Tetapi istimewa Tong itu sendiri bukan terletak kepada jawatan beliau sebagai strategis bagi parti DAP, atau sebagai pengerusi DAP di Johor, dan bukan juga kerana beliau ialah penyelidik muda bagi Teressa Kok, seterusnya Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng pada permulaan karier politiknya.

Keistimewaan Tong itu terletak kepada kebolehan beliau dalam mengenal pasti kekuatan sebenar DAP ialah rakyat kebanyakan.
Tong juga tidak pernah renggang bersama masyarakat tempatan. Walaupun beliau ialah seorang pelajar di luar negara, di Universiti Kebangsaan Australia dan seterusnya di Universiti Malaya. Dan dalam jangka masa tertentu, beliau akan selesaikan ijazah kedoktoran di dalam bidang politik dan ekonomi Malaysia.

Malah, Tong juga telah berjaya menghasilkan beberapa buku dan terbitan (di bawah kelolaan ahli akademik Australia yang terkenal, John Funston).

Tong juga arif benar tentang sistem pengajian Malaysia (secara praktikal A sehingga Z) yang telah membuatkan beliau sebagai seorang yang memberi fenomena kepada DAP dan Pakatan Harapan. Hal ini kerana beliau sering berbicara soal fakta dan bersifat terbuka untuk menerima kritikan.

Malah beliau juga sering menjemput wartawan, penganalisis politik serta pengacara TV untuk mengadakan perdebatan intelektual berkaitan soal politik negara, samada sedang maju atau sebaliknya.

Hal ini menunjukkan bahawa Tong tidak mahu Malaysia ini menjadi sebuah negara gagal. Beliau juga hairan mengapa Barisan Nasional dan UMNO tidak prihatin akan keadaan negara dimana hutang negara dijangka mencecah RM1 trillion dalam jangka masa beberapa tahun ini.

Dalam erti kata lain, Malaysia sudah terperangkap. Ekonomi negara tidak dapat mengekang masalah pendapatan yang sering statik, dan juga dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai 300 bilion USD sebenarnya berpotensi untuk meningkat tiga atau empat kali ganda, dimana telah dibuktikan oleh negara seperti Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan Japan.

Malah Malaysia juga tidak mempunyai bencana alam secara terus. Jadi secara asasnya, apa yang dibina dan ditanam di Malaysia tidak akan terdedah dengan kerosakan bencana alam. Oleh itu, keadaan ini seharusnya membuatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur – dimana Pulau Pinang berjaya membuktikannya apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Pulang Pinang sebagai tempat keenam didunia untuk didiami.

Tong juga arif bahawa Malaysia masih dibawah tahap kemampuannya, jika dibandingkan dengan Singapura dan Thailand. Walaupun keadaan geografi Malaysia tidak terkekang seperti Singapura, dan tidak mempunyai pengaruh ketenteraan yang kuat di dalam arena politik seperti di Thailand, tetapi Malaysia masih mempunyai kelompok masyarakat yang miskin bandar.

Dan juga, mengapa negeri seperti Kelantan, yang terkenal dengan kemahiran wanitanya yang bersifat keusahawanan, disenaraikan sebagai negeri termiskin di Malaysia? Dan mengapa juga negeri seperti Sabah yang kaya dengan hasil bumi turut berada didalam senarai yang sama? Semua ini tidak masuk akal bagi Tong.

Tong juga tidak boleh bertoleransi dengan soal ketidak mampuan. Malah Tong sendiri menunjukkan contoh yang baik didalam karier politiknya, sekaligus menghantar mesej bahawa seseorang/sesuatu itu seharusnya menghasilkan output yang bagus. Beliau juga turut meramalkan bahawa tsunami politik akan melanda sekali lagi, di antara tahun 2008 hingga 2013, dan sekali lagi pada 9 Mei 2018.

Tong juga maklum bahawa KPI negara sedang merudum, walaupun individu seperti Idris Jalla, bekas CEO Shell Malaysia menafikannya.

Jika Tong akan menentang Wee Kah Siong di Ayer Hitam, Johor, motivasinya jelas bukan hanya untuk mencabar Timbalan Presiden MCA itu sahaja, tetapi untuk menjatuhkan pemikir intelektual di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Persoalannya, bagaimana?

Pertamanya, walaupun risiko yang besar diambil Tong, seperti bertanding dikerusi berbahaya di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin, kerajaan sementara Najib hanya memberi fokus untuk mengkritik Dr. Mahathir Mohammad dan Dr. Wan Azizah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Barisan Nasional tidak dapat mencabar Pakatan Harapan berkaitan polisi.

Oleh itu, Tong ialah calon yang tepat di Ayer Hitam. Seperti pepatah Melayu, air yang hitam (Ayer Hitam) itu perlu dijernihkan keadaannya.

Malah, apabila Perdana Menteri sementara dipersoal oleh Menteri Besar Selangor, Azmin Ali soal hutang negara yang makin meningkat daripada 9 peratus ke 12.5 peratus, jawapan Perdana Menteri berbentuk sindiran tentang keadaan air di Selangor – jelas menunjukkan kegagalan Barisan Nasional.

Tong juga bukanlah individu yang sukar berjenaka, tidak kepada rakyat. Tetapi apabila pihak tertinggi kerajaan memperlekeh dan menyindir dalam bentuk jenaka tentang hutang negara, Tong sedar bahawa mahu atau tidak, kerajaan sedia ada perlu ditukar.

Apabila Wee Kah Siong menganggap Tong hanya ingin mencabar kerusi MCA, itu amatlah dangkal. Kerana Tong, seorang intelektual dan ahli Parlimen, menyerang Barisan Nasional dan UMNO dengan strategi yang berkesan.

Malah, dalam erti kata lain, pencalonan Tong di Ayer Hitam seakan-akan mirip pencalonan Lim Kit Siang di Tanjung I dan Tanjung II pada tahun 1990an. Lim berusaha untuk menjatuhkan Kho Tsu Koon di Pulau Pinang, walaupun gagal. Rakyat Malaysia juga sedar akan Lim, antara individu pertama yang sedar akan pentabiran yang rosak ibarah barah sekarang.

Tetapi Ayer Hitam bukanlah seperti Tanjung. Masayrakat Melayu, Cina dan India akan bersama-sama Tong untuk “Selamatkan Malaysia”. Jika diteliti slogan Barisan Nasional iaitu “Hebatkan Malaysia”, jelas ia menunjukkan ironi pihak BN itu sendiri, kerana selama tahun 2009 hingga 2018, negara berada dibawah pemerintahannya dan slogan itu jelas menunjukkan mereka gagal menjadikan Malaysia hebat pada awalnya.

Malah, Barisan Nasional dan UMNO juga tidak dapat mengenal pasti logik dan turutan yang asas. Apabila duit rakyat berbilion ringgit hilang dimerata-rata tempat diseluruh dunia, mereka masih lagi buta dan tuli. Tong juga turut terkejut akan keadaan ini.